Advert

Friday, April 8, 2011

~Proton~ iNDUStrial Visit

 Picture: lobi proton
Al kisah..... Pada 31 March 2011, pelajar tahun akhir dari 4BENE, UtEM telah mengadakan lawatan ke kilang proton di Shah Alam...Perjalanan yang mengambil masa kira2 2jam ini memang berbaloi-baloi... hehe.. Banyak pengalaman baru yang diperoleh pelajar dari lawatan ini...Lagipun, tak lama lagi student2 ni semua akan Grad.. Dengan lawatan ini, sedikit sebanyak para pelajar dapat merasai sendiri persekitaran di dalam industri automobil.. Kalau rasa seronok tu, boleh la apply kerja kat situ nanti.. ;-) 

Di bawah ni disertaakan sedikit maklumat ringkas mengenai perjalanan rombongan ini..
 
Background Proton

Perusahaan Automobil Nasional Berhad (PROTON) telah ditubuhkan pada 7 Mei 1983 bertujuan untuk mengeluarkan kereta buatan tempatan. Model pertama yang dikeluarkan PROTON iaitu Proton Saga telah dilancarkan pada 9 Julai 1985 oleh perdana menteri Malaysia pada ketika itu, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, beliau orang yang bertanggungjawab memberi idea supaya Malaysia mengeluarkan produk automobil sendiri dan tidak terlalu bergantung dengan kereta import.

Tarikh Penting:
1981: Perdana Menteri Malaysia Matathir mula merancang untuk mendirikan pengeluar kereta Malaysia pertama.
1983: Anak Otomobil Nasional Bhd (Proton) dilancarkan sebagai usaha-bersama-sama dengan Mitsubishi.
1985: Syarikat pengedaran bermula dengan model pertama iaitu Saga, kereta nasional pertama Malaysia, yang menangkap 47 peratus pasaran domestik sahaja.
1986: Syarikat mula beroperasi secara antarabangsa dengan mengeksport kereta ke Bangladesh.
1987: Anak syarikat Inggeris ditubuhkan sebagai Saga menangkap 73 peratus pasaran domestik sahaja.
1992: Proton di Bursa Efek Kuala Lumpur.
1995: DRB, dikendalikan oleh peniaga Yahaya Ahmad, membeli saham majoriti kerajaan Malaysia di Proton.
1996: Proton membeli 80 peratus sukan Inggeris dan pembuat mobil balap Lotus.
2000: Waja, kereta pertama kali dikembangkan syarikat in-house, dilancarkan.
2003: Syarikat mencapai perjanjian untuk memulakan pengeluaran kereta di Syria dan berlaku untuk lesen perkilangan di China.
Perspektif syarikat:
Misi Syarikat: Untuk menjadi syarikat otomotif yang sukses di Malaysia dan syarikat perkilangan global dengan berorientasikan pelanggan dan menghasilkan produk-produk harga yang kompetitif dan inovatif.
Berpandukan 5 komitmen teras:
i)              PELANGGAN KAMI
ii)             KAMI PEMEGANG SAHAM
iii)            UNTUK PEKERJA KAMI
iv)           UNTUK BISNIS KAMI ASOSIASI
v)            KAMI BANGSA

Antara maklumat tambahan yang diperolehi semasa lawatan di dalam kilang proton:
Penerangan oleh Abdul Rahman: Bahagian Trim and Final Stop Process Plan
-          merupakan tempat terakhir process pemasangan kereta Saga FL (Model terbaru dari proton)
Picture: Model Terbaru SAGA FL
-          Production Line Capacity: 150k/Yr
-          38 unit/hour
-          Time: 94.7 sec/unit
-          Total process time: 17234 sec
-          Man power : 207 main direct
       : 63 main indirect
-          Line time actual (LTA): 5.72 man hour/unit
-          Output= 38 unit x 8 jam shift = 304 units/day


 Picture: pandangan dr dlm gudang pemasangan proton

Penerangan tentang prosess yang diperlukan untuk pemasangan SAGA FL
-          Mempunyai kira2 6-8 pekerja setiap station
-          Keseluruhannya menggunakan konsep 1/4/24 iaitu 1(supervisor), 4(team leader) dan 24(main power).
-          Trim 1 merupakan process terawal untuk pemasangan, dimana Trim 1 telah dibahagikan kepada beberapa bahagian pemasangan.
-          Sepanjang prosess pemasangan tersebut, beberapa konsep seperti konsep automasi, pneumatik dan hydraulic pump telah diaplikasikan pada setiap bahagian pemasangan.
-          Selain daripada itu, langkah-langkah pemasangan juga telah diteliti dan perlu dipatuhi oleh setiap pekerja untuk memastikan prosess pemasangan adalah pantas dan dapat memenuhi target production setiap hari.
-          QCA di tempatkan di setiap bahagian untuk memeriksa dan memerhati sekiranya terdapat defect pada product
-          Trim 2 merupakan process pemasangan enjin, bateri, pintu dan sebagainya. Dalam prosess pemasangan ini, konsep robot telah diaplikasikan untuk mengurangkan tenaga manusia.

Picture: penghargaan dari utem untuk pihak proton 
(org tu mcm tak kan trima jer, siap nak tampor tngan encik diqin) ;-)

Gambar2 semasa lawatan:






Disini sekalung penghargaan diberikan kepada penyedia maklumat Cik Azni dan juga En Sadiqin, penyelaras & penyelia rombongan ini.

1 comment: